Kehidupan peribadi Marcia_Cross

Cross pernah bersama dengan Richard Jordan tetapi malangnya Jordan mati pada 30 Ogos 1993 kerana barah otak. Pada awal 2005, Internet dan rakan media menyatakan bahawa Cross seorang pengamal hubungan sejenis atau homoseksual. Cross muncul dalam rancangan temubual, . The View untuk menafikan laporan tersebut tetapi beliau berkata bahawa beliau sentiasa menyokong komuniti homoseksual. Pada Ogos 2005, Cross menyebarkan berita bahawa dia menerima lamaran lamaran Tom Mahoney (1957). Pasangan ini berkahwin pada 24 Jun 2006, bersaksikan 200 orang tetamu di Gereja Our Savior Episcopal Parish di San Gabriel, California.[1]. Pada 6 September 2006, beliau dengan gembiranya melaporkan perihal kehamilan beliau yang dijangka lahir pada April 2007 [2] dan pada 20 September beliau sekali lagi menyatakan kandungannya merupakan kembar. Pada 20 Februari 2007, Cross selama melahirkan kembar perempuan, Eden and Savannah di Hospital Los Angeles.[3]